Biografi Azizi Mohamed

Siapa Azizi sebenarnya

Jejaka yang sentiasa merendah diri apabila ditemui media dan peminat, tidak pernah beranggapan tumpuan lensa media kepadanya merubah gaya hidupnya. Bagi Azizi, bergelar artis lebih menjurus kepada kerjaya, bukannya batu loncatan untuk tenggelam dalam keasyikan dunia glamor. Azizi lebih menyenangi kehidupan yang sederhana dan berpijak di bumi yang nyata.

Sebelum bergelar artis

Biarpun meminati dunia nyanyian sepenuh jiwa namun Azizi mengakui sentiasa berasa rendah diri dan tidak yakin tentang kemampuan diri. Sepatah kata Azizi, "Industri hiburan tanah air selalunya perlukan orang yang handsome. Azizi ni bukannya handsome mana..." Namun segala-galanya berubah apabila beliau bergelar bintang Akademi Fantasia. Lebih mengharukan, dirinya diterima dan dinobatkan sebagai tempat ketiga untuk musim pertama.

Sewaktu remaja Azizi banyak mengasah bakat sebagai penyanyi di dalam tandas. Lagu dendangan Endang S. Taurina dan Unchained Melody merupakan lagu kegemarannya. Selepas itu barulah beliau berjinak-jinak mengikut band di sekitar Kuantan. Menyertai ujibakat Akademi Fantasia pun selepas dipaksa sepupu dan beliau masih tidak menaruh sebarang harapan.[perlu rujukan]